Langkah -langkah Bijak
Menjelang Peperiksaan
1. Bertenang dan melapangkan
fikiran.
2. Melakukan ulang kaji bagi
topik-topik yang penting.
3. Tidur yang
mencukupi..
4. Menjaga kesihatan
diri.
5. Menjaga pemakanan dengan memakan
makanan yang berkhasiat dan berzat.
7. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan
sembahyang hajat .
8. Membuat dan membaca nota-nota
ringkas.
9. Mengadakan senaman kesihatan
fizikal untuk mengeluarkan peluh.
10. Beriadah dan berekreasi di
tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan
meransang kecerdasan otak.
11. Meminta doa dan restu ibu bapa
dan guru-guru.
12. Belajar pada waktu yang
difikirkan sesuai.
13. Mengkaji bentuk-bentuk soalan
peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.
14. Menjawap soalan yang sama
seperti format peperiksaan sebenar.
15. Datang lebih awal ke dewan
peperiksaan sebelum peperiksaan bermula.
16. Menyediakan segala kelengkapan
peperiksaan yang diperlukan.
17. Bersarapan sebelum masuk ke
dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga
fizikal dan minda cukup untuk menghadapi
peperiksaan.
18. Elakkan mengadakan perbincangan
tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan
selepas peperiksaan.
19. Mematuhi arahan peperiksaan
yang telah ditetapkan.
20. Membaca dengan teliti setiap
arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.
21. Menjawap soalan berpandukan
soalan yang telah dipilih.
22. Pastikan pelajar menjawap semua
soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang
dinyatakan.
No comments:
Post a Comment